Karier Bersama Kelab Gonzalo_Higuaín

River Plate

Higuaín mula bermain dalam pasukan belia dan melakukan penampilan sulungnya bersama River Plate dengan kekalahan 2-1 menentang kelab Gimnasia y Esgrima de La Plata pada 29 Mei 2005.[2] Pada 12 Februari 2006, beliau menjaringkan gol pertama dalam kariernya apabila menentang kelab Banfield dengan kemenangan 3-1.[3] Di akhir musim 2005-2006 Liga Argentina, Higuaín menjaringkan lima gol dalam 12 penampilan.[4]

Real Madrid

Gonzalo Higuaín dan Luca Antonini semasa perlawanan Real MadridMilan, 2010–11 UEFA Champions League.

Pada bulan Disember 2006, kelab Sepanyol, Real Madrid membeli Higuaín dengan harga sebanyak €13 million selepas River Plate menolak tawaran kelab Real Madrid sebanyak €10 million. Beliau membuat penampilan sulungnya bersama Real Madrid pada 11 Januari 2007 menentang kelab Real Betis dalam perlawanan pusingan kedua piala Copa del Rey. Penampilan dalam perlawanan liga pula datang 3 hari selepas itu, iaitu pada 14 Januari 2007 menentang Real Zaragoza di tempat sendiri. Higuain terlibat dalam mewujudkan pelbagai peluang menjaringkan gol dan Real Madrid menang 1-0 hasil daripada bantuan Higuaín. Gol pertamanya bersama Real Madrid datang pada 24 Februari apabila pasukannya menentang kelab Atletico Madrid, jaringan golnya mengikat kedudukan 1-1 di Estadio Vicente Calderón. Higuain menunjukkan prestasi yang semakin memberangsangkan apabila beliau menjaringkan gol pada saat-saat terakhir perlawanan liga menentang RCD Espanyol untuk memastikan pasukannya menang 4-3.[5] Walau bagaimanapun, pada musim pertamanya di Bernabeu, timbul beberapa keraguan terhadap prestasi beliau kerana kekurangan gol.

Pada musim 2007-08, prestasi Higuain kurang menentu. Namun, pada saat-saat terakhir perlawanan liga, beliau berjaya memberikan prestasi yang sangat hebat. Beliau menjaringkan gol pada saat-saat terakhir perlawanan menentang Osasuna untuk memberikan pasukannya menang 2-1, kemenangan itu membolehkan Real Madrid dinobatkan juara liga secara matematiknya untuk dua tahun berturut-turut.[6] Empat hari kemudian, Higuain menarik perhatian ramai sekali lagi apabila menjaringkan gol ketiga dalam kemenangan 4-1 ke atas Barcelona dalam perlawanan El Clasico. Higuain menarik perhatian ramai kerana beliau menjaringkan gol selepas hampir 57 saat dimasukkan dari bangku simpanan.[7]

Pada musim 2008-09, Higuain telah ditawarkan untuk menjadi pemain utama kerana kecederaan serius yang dialami oleh penyerang Belanda Ruud van Nistelrooy.[8] Pada 21 April 2009, beliau sekali lagi menunjukkan prestasi yang hebat apabila beliau menjaringkan gol di saat-saat akhir perlawanan menentang Getafe, memberikan kemenangan kepada Real Madrid 3-2 yang membolehkan pasukan itu untuk mengikuti rapat pasukan Barcelona yang dikendalikan oleh Josep Guardiola.[9] Pada bulan Ogos 2008, Higuain menjaringkan gol kemenangan Madrid ke atas Valencia dalam Piala Supercup Sepanyol.[10] Tidak lama selepas itu, dia menjaringkan keempat-empat gol dalam perlawanan menetang Málaga yang berkesudahan menang 4-3. Oleh kerana itu, beliau mula mendapat pengiktirafan antarabangsa, pada masa yang sama beliau merupakan salah penjaring gol terkemuka Liga Sepanyol, bersama-sama dengan rakan sejawatannya dari Barcelona, Samuel Eto'o.[11] Musim ini merupakan musim yang bermakna buat Higuain kerana beliau dipuji atas semangat menjaringkan gol walaupun di saat-saat akhir perlawanan. Higuain mengakhiri musim ini dengan 22 gol liga,[12] 24 gol dalam semua pertandingan.

Musim 2009-10 menyaksikan Higuain menjadi penjaring gol utama Real Madrid dengan 27 gol liga, 29 gol kesemuanya, pada masa yang sama menjadi penjaring gol kedua terbanyak Liga Sepanyol, di belakang hanya Lionel Messi tetapi sudah melebihi Zlatan Ibrahimovic dan juga rakan rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo. Gol-gol ini termasuklah dua gol pertama beliau dalam liga Juara-Juara Eropah dan 2 hatrik untuk kelab.

Pada bulan Jun 2010, Real Madrid telah melanjutkan kontrak Higuain sehingga 2016.[13] Pada 23 Oktober 2010, beliau menjaringkan gol liga yang ke-5200 untuk Real Madrid, menentang Racing Santander. Pada 4 November tahun yang sama, Higuain menjaringkan gol yang ke-700 untuk Real Madrid, sekaligus memasuki rekod kelab.[14]

Pada minggu pertama Disember 2010, Higuain telah didiagnosis dengan herniated lumbar disc, dan kumpulan perubatan Real Madrid mengesyorkan agar ianya dibedah.[15] Pada 5 Januari 2011, Real Madrid mengumumkan beliau akan menjalani pembedahan di Jabatan Pembedahan Neuro-Saraf di Sekolah Perubatan Northwestern Feinberg Perubatan di Chicago di bawah pimpinan Dr Richard G. Fessler, MD.[16] Pembedahan telah dilakukan pada 11 Januari, dan Higuain telah keluar dari hospital pada hari berikutnya selepas pembedahan itu berjaya.[17] Beliau dijangka menghabiskan masa sekurang-kurangnya empat bulan untuk menjalani proses pemulihan. Dua bulan dihabiskan untuk pulih daripada pembedahan dan dua bulan lagi untuk berlatih bersama pasukan itu, namun beliau telah pulih sepenuhnya kurang dari jangkamasa yang ditetapkan. Pada 23 April 2011, Higuain menjaringkan hatrik ketika menang 3-6 menentang Valencia CF di Estadio Mestalla. Higuain juga membantu dalam jaringan dua gol untuk Karim Benzema dan Kaká dalam perlawanan yang sama.

Rujukan

WikiPedia: Gonzalo_Higuaín http://www.lanacion.com.ar/nota.asp?nota_id=985239 http://www.sportsnet.ca/soccer/2008/11/08/mardid_m... http://www.as.com/futbol/articulo/higuain-casillas... http://www.canchallena.com/1193372-higuain-los-con... http://www.ole.clarin.com/jsp/v4/pagina.jsp?pagId=... http://www.elpais.com/articulo/deportes/Barca/saca... http://www.elpais.com/articulo/deportes/Higuain/Es... http://soccernet.espn.go.com/stats/topscorers?leag... http://www.goal.com/en/news/1716/champions-league/... http://archivo.marca.com/futbol/2008/supercopa/ind...